ingat...
Tuesday, 30 October 2012
Jodoh itu Rahsia Allah
jodoh sesuatu yang misteri, begitu jugalah dengan mati. tp bercerita mengenai jodoh ini adalah sesuatu yang sangat digemari oleh manusia. sudah lumrah bahawa Allah telah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan.. selagi mereka belum menemui pasangan mereka selagi itu lah mereka terus mencari dan mencari . namun tidak perlu ia dirungkai dengan coretan itu dan ini kerana anda sendiri yang akan mengalaminya dan anda lah yang merasainya dan merungkai disebalik liku-liku kehidupan anda dalam mencari pasangan kerana jalan untuk mencari pasangan ini berbeza-beza bagi setiap insan.. Allah telah berkata jodoh itu perlu dicari dan nabi pula berkata pilih lah yang terbaik.. cari dan pilih, semuanya hanya mampu kita bertawakal kepada Allah setelah berusaha untuk mendapatkan yang terbaik., jodoh itu juga tidak mempunyai doa yang khusus tetapi kita boleh berdoa apa sahaja untuk mendapatkan jodoh yang terbaik kerana doa itu senjata orang yang beriman, senjata untuk menguatkan batin, dan senjata mencari pasangan yang diredhai, namun kita perlu bersabar, kerana ia tidak akan datang dalam keadaan tergesa-gesa tapi ia akan datang dalam keadaan kita benar-benar bersedia..
ingat...
ALLAH SURUH KITA CARI NABI PULA KATA KITA KENA PILIH.
ingat...
Friday, 12 October 2012
Arasy
Arasy adalah sebuah jisim yang terdiri dari nur yang tinggi diatas kursi. sedangkan kursi berbeza halnya dengan Arasy.. ini berbeza dengan pendapat hasan al- basri, dikatakan. Al-Kursi itu dari yaqut merah, dikatakan lagi dari permata hijau, permata putih dan yang lain pula mengatakan bahawa ia dari nur.namun yang lebih baik adalah tidak menentukannya secara pasti. para astronomi mengatakan bahawa adalah bintang tertinggi, tempat beredarnya bintang-bintang atau tempat yang tidak ada bintang-bintang. yang dikatakan oleh mereka itu adalah wilayah YANG MEREKA SEBUT ZODIAK. sedangkan arasy adalah atap makhluk, maka tidak ada sesuatu yang keluar dari daerahnya. itu sudah merupakan puncak pengetahuan manusia, tidak ada tempat untuk menjangkau di belakang itu atau juga tidak ada tempat untuk mencari diatas itu..
Thursday, 11 October 2012
AL KURSI...
Dikatakan bahawa Kursi adalah bentuk majaz daripada ilmu-Nya, tetapi menurut qil adalah kerajaan-Nya.
Dirawikan daripada ali ra, berkata, Kursi itu merupakan lukluk yang panjangnya hanya diketahui oleh Allah sahaja.. dalam khabar disebutkan bahawa langit dan bumi bersama kursi bagaikan sebuah lingkaran dalam sebuah padang yang luas.Ibnu Majah mengeluar bahawa langit itu ada di tengah kursi, sedangkan Kursi ada di hadapan Arasy.
dari ikrimah, '' matahari adalah sebahagian saja dari tujuh puluh bahagian dari nur Alkursi' .. juga dikatakan bahawa arasy dan kursi ada tujuh puluh hijab (tabir) dari kelapan dan tujuh puluh hijab dari nur. masing masing hijab berjarak lima ratus tahun perjalanan. jika tidak demikian , maka malaikat pembawa kursi itu akan terbakar disebabkan cahayanya.

Langit dan rupa-rupa yang berbeza..
Dirawikan bahawa awal sesuatu yang mula-mula Allah cipta ialah jauharah (permata), kemudian Allah melihatinya dengan pandangan haibah, maka hancurlah ia berkeping-keping kerana takut kepada Allah, kemudian Allah menjadikannya air lalu Allah memandangnya dengan pandangan rahmat, maka separuhnya menjadi beku untuk kemudian dijadikan arasy yang bergerak-gerak, lalu Allah tuliskan kalimah, '' La Ila ha Illa Allah Muhammadur rasulullah'' sehingga arasy menjadi diam. namun yang separuhnya tetap menjadi air yang terus bergerak-gerak hingga hari kiamat. ..
selanjutnya air itu bergelombang dan saling berlaga hingga mengeluarkan asap dan naik sebahagian tersusun rapi dan berbuih, maka daripada nya Allah menciptakan langit dan bumi bertingkat-tingkat.. kedua-duanya berkait rapat dan dan allah menjadikan angin sehingga membelah antara langit dan bumi. sebagaimana dengan khabaran Allah..
para cendekiawan mengatakan bahawa, Allah menciptakan langit dari asap, tidak menciptakan dari wap, kerana asap tercipta dari sebagai bahagian-bahagian yang boleh dipegang, yang pada akhirnya akan menetap, sedangkan wap selalu berputar-putar ulang - alik dan demikian itu merupakan kesempurnaan akan ilmu Allah dan hikmah-Nya...
faedah antara langit dan bumi dan antara satu langit dengan langit lainnya, juga ketebalan atau kekerasan masing-masing adalah dalam jarak lima ratus tahun perjalanan, kemudian dikhabarkan bahawa langit itu lebih putih dari susu.
Bahkan allah menciptakan manusia berbeza-beza pula, ada yang hitam putih, mukmin, kafir, pandai dan pula bodoh dan asalnya pula adalah dari Adam...

- langit pertama sekiranya nampak hijau kerana kehijaun jabal Qaf dan langit itu dinamakan 'Raqi'ah''.
- langit kedua terdiri daripada besi yang memancar cahaya iaitu Fidum atau Ma'un.
- langit ketiga terdiri daripada tembaga dan biasa disebut Malakut.
- yang keempat pula dari emas putih yang menyilaukan mata bernama Zahirah.
- yang kelima dari emas merah dan biasa disebut Mazinah atau Masyarah.
- yang keenam dari jauharah iaitu Khalisah.
- dan yang ketujuh dari Yaqut merah dan namanya Labiyyah atau Dami'ah. dan pada langit ketujuh ini ada baitul makmur yang mempunyai empat tiang. tiangnya terdiri daripada yaqut merah, zabrjud hijau, emas putih dan emas merah.
- Saturnus pada langit ketujuh untuk hari sabtu.
- jupiter pada langit keenam untuk hari khamis.
- Mars pada langit kelima untuk hari selasa.
- matahari pula pada langit keempat untuk hari ahad.
- vinus pada langit ketiga untuk hari jumaat.
- mercury pada langit kedua untuk hari rabu
- dan bulan pada langit pertama untuk hari isnin.
Bahkan allah menciptakan manusia berbeza-beza pula, ada yang hitam putih, mukmin, kafir, pandai dan pula bodoh dan asalnya pula adalah dari Adam...
Sunday, 30 September 2012
kelebihan sembuh dri sesuatu penyakit..
daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
ketika seorang hamba sakit,ALLAH mengutus 2 malaikat kepadanya, seraya berkata," lihatlah kalian apa yang hamba ku katakan', jika dia berkata" alhamdulilah", maka diberitahu kepada Allah, dia lebih tahu, lalu berkata . 'aku berjanji untuk hambaku',' jika aku mematikannya, masukkanlah dia ke syurga.' dan 'jika aku menyembuhkannya, ku ganti dia dengan daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darahnya yang lebih baik daripada darahnya, dan aku hapuskanlah pula keburukannya"..

Thursday, 27 September 2012
UJIAN ALLAH SUNGGUH SWEET..
TELAH BERKATA ADL DLAHAK RA, "
BARANGSIAPA TIDAK DI UJI ANTARA TIAP-TIAP EMPAT PULUH HARI DENGAN SUATU KEDUKAAN, BALA, DUKA DAN NESTAPA, MAKA TIDAK ADA KEBAIKAN DI SISI ALLAH.."
So, disini, ana ingin katakan kepada sahabat diluarsana. , tujuan Allah menguji kita untuk melihat sejauh mana keimanan dan ketaqwaan yang ada dalam diri kita... haha, oleh tu, jika menerima sebarang musibah, just say... Alhamdulilah.. kerana anda dalam kalangan hamba Allah yang sedang dinilai dan diuji.. bestnya......

mengeluh....
Wahab bin muhabbah bercerita:
ada seorang nabi telah menyembah kepada Allah selama 50 tahun, kemudian mendapat wahyu dari Allah menyatakan....,
" Aku telah mengampuni mu"... 'Dia bertanya'.,,, "mengapa engkau mengampuniku", sedangkan aku tidak pernah berdosa,
kemudian Allah memerintahkan agar sebatang pohon menimpanya sehingga dia kesakitan dan tidak tidur semalaman suntuk,
" kemudian dia mengadu perihalnya kepada Allah'"
,maka pohon itu berkata,'...
sesungguhnya Allah berkata padamu bahawa ibadah 50 tahun belum mampu menebus keluhan mu itu...
konklusinya, jangan mengeluh.......sabarlah wahai muslimin dan muslimat, kerana Allah sentiasa bersamamu...

adakah diri ini beriman.....
Ibnu Anthlok berkata,
" akan terbukti keteguhan dan kebohongan seseorang hamba sewaktu berlakunya bencana mahupun kemakmuran. barangsiapa bersyukur di saat makmur, tetapi mengeluh tatkala di timpa bencana, sungguh dia orang yang dusta. meskipun orang itu mempunyai segedung ilmu, tetapi mengeluh tatkala terkena angin bencana, sungguh tidak berguna ilmu dan amalannya..."
![]() |
| Add caption |
darjat disisiNya....
sabar mempunyai banyak macam.....
sabar melaksanakan perintah Allah
sabar meninggalkan larangannya
sabar ketika mendapat bencana.
ganjaran....
sabar melaksanakan perintah Allah
sabar meninggalkan larangannya
sabar ketika mendapat bencana.
ganjaran....
- sabar melaksanakan perintah Allah : 300 darjat di syurga ( tiap-tiap darjat berjarak antara langit dan bumi)
- sabar meninggalkan larangannya : 600 darjat ( antara tiap langit dan bumi ke tujuh )
- sabar ketika mendapat bencana. :700 ratus darjat ( antara arasy dan tsura)
beringatlah wahai teman-teman......
Rasulallah SAW juga bersabda,
barangsiapa sakit semalaman, dia sabar dan rela kepada Allah , maka bersihlah daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya... jika engkau sakit maka jangan segera meminta sembuh....
barangsiapa sakit semalaman, dia sabar dan rela kepada Allah , maka bersihlah daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya... jika engkau sakit maka jangan segera meminta sembuh....
sabar dan sakit.......
dirawikan daripada nabi SAW, sesungguhnya baginda bersabda, " Allah telah berkata:
" barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindungan padaKu, akan aku berikan padanya sebelum dia meminta, dan barang siapa ditimpa bencana, lalu dia memohon pada makhluk, akan ku tutup pintu langit baginya.."

Subscribe to:
Posts (Atom)