Pages

Thursday, 11 October 2012

Langit dan rupa-rupa yang berbeza..

Dirawikan bahawa awal sesuatu yang mula-mula Allah cipta ialah jauharah (permata), kemudian Allah melihatinya dengan pandangan haibah, maka hancurlah ia berkeping-keping kerana takut kepada Allah, kemudian Allah menjadikannya air lalu Allah memandangnya dengan pandangan rahmat, maka separuhnya menjadi beku untuk kemudian dijadikan arasy yang bergerak-gerak, lalu Allah tuliskan kalimah, '' La Ila ha Illa Allah Muhammadur rasulullah'' sehingga arasy menjadi diam. namun yang separuhnya tetap menjadi air yang terus bergerak-gerak hingga hari kiamat. ..

  selanjutnya air itu bergelombang dan saling berlaga hingga mengeluarkan asap dan naik sebahagian tersusun rapi dan berbuih, maka daripada nya Allah menciptakan langit dan bumi bertingkat-tingkat.. kedua-duanya berkait rapat dan dan allah menjadikan angin sehingga membelah antara langit dan bumi. sebagaimana dengan khabaran Allah..

    para cendekiawan mengatakan bahawa, Allah menciptakan langit dari asap, tidak menciptakan dari wap, kerana asap tercipta dari sebagai bahagian-bahagian yang boleh dipegang, yang pada akhirnya akan menetap, sedangkan wap selalu berputar-putar ulang - alik dan demikian itu merupakan kesempurnaan akan ilmu Allah dan hikmah-Nya...
       
      faedah antara langit dan bumi dan antara satu langit dengan langit lainnya, juga ketebalan atau kekerasan masing-masing adalah dalam jarak lima ratus tahun perjalanan, kemudian dikhabarkan bahawa langit itu lebih putih dari susu.
  • langit pertama sekiranya nampak hijau kerana kehijaun jabal Qaf dan langit itu dinamakan 'Raqi'ah''.
  • langit kedua terdiri daripada besi yang memancar cahaya iaitu Fidum atau Ma'un.
  • langit ketiga terdiri daripada tembaga dan biasa disebut Malakut.
  • yang keempat pula dari emas putih yang menyilaukan mata bernama Zahirah.
  • yang kelima dari emas merah dan biasa disebut Mazinah atau Masyarah. 
  • yang keenam dari jauharah iaitu Khalisah.
  • dan yang ketujuh dari Yaqut merah dan namanya Labiyyah atau Dami'ah. dan pada langit ketujuh ini ada baitul makmur yang mempunyai empat tiang. tiangnya terdiri daripada yaqut merah, zabrjud hijau, emas putih dan emas merah. 
Dirawikan dari Ibnu Abas ra, bahawa langit yang terutama adalah Arasy Ar Ramah, iaitu Al Kursyi, oleh kerana ia dekat dengan arasy dan segala bintang yang bermanfaat tumbuh disana. kecuali tujuh bintang yang berada di sekeliling matahari, adapun bintang -bintang ini ada pada langit ketujuh namun
  • Saturnus pada langit ketujuh untuk hari sabtu.
  • jupiter pada langit keenam untuk hari khamis.
  • Mars pada langit kelima untuk hari selasa.
  • matahari pula pada langit keempat untuk hari ahad.
  • vinus pada langit ketiga untuk hari jumaat.
  • mercury pada langit kedua untuk hari rabu
  • dan bulan pada langit pertama untuk hari isnin.
  betapa menghairankan ciptaan Allah, dia menciptakan langit tujuh dari asap, namun kondisi setiap langit berbeza-beza., Dia juga mengeluarkan air dari langit lalu oleh kerananya bumi mengeluarkan  tumbuhan-tumbuhan  dan buah-buahan yang pelbagai rasa mahupun warna..
   
      Bahkan allah menciptakan manusia berbeza-beza pula, ada yang hitam putih, mukmin, kafir, pandai dan pula bodoh dan asalnya pula adalah dari Adam...



No comments:

Post a Comment